Wednesday 15 June 2011

PENYAKIT RIKET

Osteomalasia sama dengan rickets. Kekurangan vitamin D.


Antara kesan-kesan negatif akibat daripada paras vitamin D yang rendah di dalam tubuh adalah penyakit riket serta osteomalacia. Penyakit riket ini terjadi di kalangan kanak-kanak manakala penyakit osteomalacia ini terjadi di kalangan orang dewasa. Kedua-dua penyakit ini terjadi akibat daripada kurangnya kuantiti kalsium serta fosfat di dalam tulang atau dengan kata lainnya tulang lembut.

bagi mereka yang menghidap penyakit riket.penyakit ini disebabkan oleh ketidaknormalan penambahan mineral seperti kalsium dan fosfat semasa penmbentukan tulang terjadi.tulang belakang mereka yang menghidap penyakit riket ini selalunya akan menjadi lembut dan seterusnya bengkok.

jika senario ini berlaku ketika kanak-kanak ini baru mula berjalan, kaki meraka akan melendur akibat daripada tekanan yang dibuat oleh berat badan mereka terhadap kedua-dua belah kaki meraka.

[riket.gif]




Osteomalasia pula ialah keadaan dimana tulang menjadi lembut dan mudah patah serta ototnya menjadi lemah. Dikenali sebagai "soft bone" atau tulang lunak.

Tanda-tanda osteomalasia:
*penurunan berat badan
*anoreksia
*otot menjadi lemah sehingga menyebabkan susah untuk menaiki tangga
*tulang akan terasa ngilu dan kebas, terutama pada paerah pinggang dan paha.
*perubahan bentuk pada tulang pinggul dan anggota bergerak (lengan dan sendi)



3 comments:

Unknown said...

Ringkas tapi besttt.. tq

Unknown said...

saya ade member kaki mcm tu nama die ariff farhan bin azmudin

Unknown said...

A good tips for my exam

Post a Comment